RSS

Saturday 28 April 2012

Satu Hari Di Bulan Ramadan....

"Hei Na,kau tak rasa bosan ke?"tanya Yaya pada cousinnya yang sibuk termenung entah apa kat siling 'Mahligai Syahdu' a.k.a gudang tu.Dia tertanya-tanya apalah yang sedang difikirkan oleh sepupu a.k.a 'Atlet Pantas' disebelahnya tu.
"Takde lah.Aku tengah fikir apalah yang kita berdua patut lakukan masa sekarang ni.Nak makan,kita tengah puasa ni.Apahal laa atuk boleh terfikir nak hantar kita berdua kat kebun dia ni.Dah lah dibuatnya kat belakang gudang ni hutan.Dah tu cuma Pak Meon dan Mak Temah je teman kita kat sini.Yang diorang berdua pula tengah sibuk kat depan sana tu ha.Tak tau apa diorang buat kat depan tu.Agaknya sibuk dengan tugas masing-masing laa tu."ujar Nana dengan wajah yang tengah runsing.Amboi mak cik kat sebelah ni,bukan main risau lagi muka dia tu.Takut laa tu.
   Bukan apa,kat hutan belakang 'Mahligai Syahdu' kononnya syahdu sangat ni,banyak sangat monyet-monyet yang berkeliaran.Siap berlari berkejaran lagi.Buatnya Si Nana ni takut.Fobia dia dengan monyet-monyet ni.Apa tidaknya,pernah sekali tu dia nampak dengan mata kepala dia sendiri,seorang pekebun atuk yang dikejar oleh beberapa ekor monyet dan dengan beraninya monyet tu gigit tangan pekebun tu.Bukan main meraung lagi pekebun tu ala-ala penyanyi rock yang tengah buat konsert kat stadium.Habis darah mengalir tak henti-henti  dari tangan pekebun tu.Bukan pekebun tu yang pitam,Si Nana ni pula yang pitam.Takut tengok darah.Isshhh....issshhhh...issshhh....Hari tu juga pekebun tu berhenti kerja.Kesian dia.
   "Alaa.Kau tak payah la risau kat mereka berdua tu.Mereka tu kan hero dan heroin kat kawasan kebun ni.Pasal monyet-monyet ni mereka dah biasa dah."The Legend" laa katakan.Lagipun,bagi aku,monyet-monyet ni dah kenal sangat kat Pak Meon ngan Mak Temah ni.Kamceng laa katakan.Yang aku risau sekarang ni,kita berdua ni ha."balas Yaya menyatakan pendapatnya yang bernas tu.Mungkin laa kut.Hehehe...
   "Kau ni apahal sebut monyet-monyet ni ha.Takut aku tau.Kang dia datang.Hah,kau nak tanggungjawab?"marah Nana pada sepupunya yang bermulut celupar tu.Buatnya monyet-monyet tu datang betul-betul,takke sengsara tu.Fuuhhh...
   "Eh dah lah.Atuk suruh kita datang sini ne bukan nak bertekak.Atuk minta kita tolong bersihkan gudang ni.Kang kita lambat gerak,lambat kita nak siap."ujar Yaya.Lantas dia bingkas lalu mengibas-ngibas punggungnya.Pantas saja Nana menghulurkan tangannya meminta bantuan pada Yaya untuk berdiri.Lama jugak mereka duk bertapa kat lantai 'Mahligai Syahdu' ni.Baru nak mula.Apa nak jadi dah ni...
   "Kita nak mula dari mana dulu ni,Ya?"tanya Nana bersemangat.Aisehmen makcik sorang ni.Semangat berkobar-kobar nampak.Bagus,bagus,bagus.
   "Kita mula dari mana yang kita nak mula laa"jawap Yaya lalu mengekek ketawa.Amboi makcik Yaya ni,buat lawak antarabangsa pulak dia,dah lah ketawa macam perogol bersiri aje aku tengok.Gumam Nana melihat sepupunya yang masih tersengih macam kerang busuk.
   "Serius sikit laa Yaya,aku tengah semangat nak bersihkan gudang ni ha.Bersih sampai berkilat.Biar silau mata menengok."bebel Nana dengan gerak mulut yang dibuat-buat seksi.Yelah tu seksi.
    "Okay,okay,okay.Kau mula dari sebelah kanan gudang,aku mula dari kiri gudang.Lepas tu,kita sama-sama bersihkan bahagian atas gudang.Alright?"arah Yaya pada Nana.Gudang ni pula dua tingkat.Hah sudah.Memang tambah slim laa diorang lepas ni.Tak payah susah-susah nak makan pil pelangsingan badan apa semua.Datang aje kat 'Mahligai Syahdu' atuk ne.Confirm.Seminggu duk kat sini boleh hilang sebanyak 10kg.Fuhhh dahsyat gilerrr...
   "Okay,aku setuju.Masa untuk bertindak!!!"jerit Nana dengan lantangnya.Serta merta Yaya menoleh pada Nana.Amboi,macam nak pergi berperang aje gamaknya.Buatnya monyet-monyet kat hutan tu terjaga dengan suara nyaring Si Nana ala-ala Jaclyn Victor yang tak berapa nak menjadi tu,tak ke naya tu.Huhh..ada-ada aje laa 'kejutan' yang sepupu tercinta aku ni buat..dah..cepat lah mula cik kak oii...
    Mereka berdua memulakan tugas mereka dengan khusyuk sekali.Sunyi seketika 'Mahligai Syahdu' ni dari suara-suara merdu anak dara berdua ni.Pantas sungguh Yaya dan Nana membersihkan bahagian bawah gudang.Habis semua rumput-rumput,pasir-pasir,najis-najis haiwan disapu.Kayu-kayu yang pada awalnya berada di merata tempat,disusun elok di tepi kiri dan kanan gudang.Sampah-sarap yang berjaya di kumpul oleh mereka berdua dimasukkan didalam plastik hitam khas untuk sampah sarap di ikat lalu dilonggokkan di tepi gudang.supaya mudah untuk dibuang nanti.Berpeluh-peluh mereka setelah selesai menyelesaikan tugas yang pertama.Kini tinggal bahagian atas gudang sahaja lagi.
   "Nana,kau tak rasa haus ke?"tanya Yaya yang sudah tercungap-cungap lantas melabuhkan punggung disebelah Nana.Habis satu badan berpeluh.Gamaknya macam berlari 200 meter lagaknya.Badannya dipusing-pusingkan bagi melegakan sakit pinggang akibat terlalu lama menyapu membersihkan bahagian bawah gudang.
   "Kau tanya aku haus ke tak,amendenyer soalan kau ni.Confirm laa aku haus.Aku ni bukannya robot tak pandai haus.Masih manusia biasa aku ni cik kak oii,"bebel Nana yang sibuk mengipas-ngipas mukanya dengan cebisan kotak yang entah dari mana dia kutip.Macam tak nampak aje dari tadi kotak kat dalam gudang ni.Huhh...limited edition laa tu.Mereka sibuk melayan lelah masing-masing.Hampir empat puluh minit lima puluh enam saat mereka berehat.Penat sangatlah tu...puasa laa katakan.
   "Eh dah jom lah kita bersihkan tingkat atas pulak,cepat siap cepatlah kita santai kat rumah rehat atuk.Aku rindu kat tilam empuk rumah rehat atuk ni.Tak sabar rasanya nak baring-baring sambil pejam-pejam mata,"ujar Nana sambil matanya terpejam lantas tersenyum-senyum macam orang tak betul aje.Haisshhh....  yang budak seekor ni nak berangan time nak tengahari ni apahal.Dah lah panas satu hal,ditambah lagi dengan adegan 'pelik tapi benar' daripada sepupunya yang dah tak berapa nak betul dah sekarang ni.Seram jugak dia dengan Si Nana ni.
   Apabila Nana membuka sahaja matanya,Yaya memandangnya dengan sebelah kening terangkat.Pelik dan hairan.Nana tersipu-sipu malu je.Ek eleh...nak malu-malu ngan aku pulak makcik sorang ni.Macamlah dia tak biasa dengan perangai Si Nana yang kerap buat adegan 'pelik tapi benar' dia bila dia dah penat sangat buat sesuatu kerja.Iaitu pejam mata sambil tersenyum-senyum.Issshhh...ngeri jugak ye sepupu aku sorang ni.
   "Let's start to continue our next work,"jerit Yaya dengan nyaring dan lantang.Konon-kononnya nak bagi semangat pada diri sendiri la tu.Sekali mengamuk monyet-monyet kat hutan tu,lintang pukang karang nak berlari.Si Nana ni pulak dah join mereng jugak sibuk aje terjerit-jerit kononnya nak bagi hangat suasana.Emm ye la tu...Nak terkeluar dah anak tekak Si Yaya dan Nana ni terjerit-jerit.Semanagtlah tu konon.
   Mereka berdua dengan bergayanya naik ke tingkat atas sambil memegang penyapu masing-masing di tangan.Mulalah mereka menyapu segala sampah,pasir,najis-najis haiwan yang berada di serata tempat.Bersungguh-sungguh mereka melakukan tugas membersihkan tingkat atas itu.Plastik sampah yang sudah berisi sampah sarap dibawa turun ke bawah.Sebelum itu,sempat lagi mereka memerhati bahagian atas gudang yang berhampiran dengan zink yang hanya di lapisi dengan jaring-jaring yang berwarna hijau yang sudah terkoyak habis.Ni mesti kerja monyet-monyet la ni.Tak syak lagi.Seratus sepuluh peratus.
   Semasa mereka tiba di bahagian bawah gudang,tiba-tiba bunyi anak monyet yang bising di bahagian atas gudang di luar jaring-jaring hijau itu.Bunyi suara anak monyet yang nyaring tu membuatkan hati Yaya tiba-tiba rasa nak menghalau monyet itu pergi dari situ.dia mendapat satu idea..hehehe...
   "Hei Na,jom kita pi halau anak monyet tu pergi dari gudang ni,"ajak Yaya yang sudah bersedia memegang batang penyapu sambil menunjukkan lagak samseng hampehnya. 
    "oh okay,jom"jawap Nana tanpa memikir akibatnya.Mereka pun dengan beraninya naik ke tingkat atas dengan satu tujuan.HALAU ANAK MONYET.Mereka pergi di tempat anak monyet tu berada dan cuba mengacah anak monyet tu dengan gaya seperti hendak memukul konon lagaknya supaya anak monyet tu pergi dari situ,tapi dalam cubaan menghalau anak monyet tu tanpa disengajakan,Nana telah terpukul kepala anak monyet itu.Dengan semena-mena suasana pada masa itu sangat bising dan tegang dengan suara geng-geng monyet yang telah berjaya dipanggil oleh anak monyet itu.Minta tolong laa tu..
   Lain pula reaksi Yaya,dia cuba untuk memukul anak monyet itu tetapi sempat dihalang oleh Nana apabila dia merasakan bahawa geng-geng monyet itu sedang marah terhadap mereka berdua kerana telah berbuat sesuatu yang telah menyakitkan anak monyet itu.Dengan pantas,Nana menarik tangan Yaya lalu membawanya turun supaya lari dari gudang tersebut.Mereka berdua lari macam tak cukup tanah gamaknya terutamanya semasa menuruni tangga.Entah berapa anak tangga yang telah mereka berdua pijak.Agak-agaknya selang dua tangga setiap pijakan.Fuhhh dasyat...Sempat lagi Si Yaya ni mengira walaupun dalam keadaan gawat seperti ini.Yaya dengan pantas menuju ke pintu gudang lalu membukanya dan pecut tanpa menoleh ke belakang.Dia merasakan bahawa Nana sedang berlari di belakangnya dan di belakang Nana pula,Mr.Bapa Monkey yang sedang mengejar orang yang telah membuli anaknya.Nana mengeluarkan kuasa 'Atlet Pantas'nya dan terus berlari.Yaya dengan bijaknya berlari ke port Mak Temah selalu kerja.kat bahagian hadapan kebun.Bila dia menoleh ke belakang,Nana sudah mengambil haluan lain dan Mr.Bapa Monkey dengan setianya mengejar Nana hingga hilang dari pandangan Yaya.Macam peminat kejar artis kesayangan aje lagaknya Si Nana dengan Mr.Bapa Monkey tu.Dengan sisa tenaga yang masih berbaki,Yaya menjerit sekuat-kuat hati memanggil Pak Meon dan Mak Temah.
   "Mak Temah!!!!!!!!!!Pak Meon!!!!!!!"jerit Yaya dengan nyaring dan lantang dengan vokal dan pitching yg memang berlari bertaburan.Sempat lagi Yaya memikirkan vokal dan pitchingnya yang memang bermasalah kritikal tu.Berulang kali Yaya menjerit sampai Mak Temah dan Pak Meon muncul depan matanya.Yaya pantas memberitahu bahawa Nana telah dikejar monyet pada Mak Temah dan Pak Meon.Yaya amat risau akan keselamatan sepupunya tu.Agaknya sampai manalah monyet tu mengejar Nana ye.Nana tu walaupun atlet sekolah dan sentiasa johan dalam acara balapan tapi dia tetap risau kerana tenaga mereka hampir habis dicurahkan untuk membersihkan gudang a.k.a 'Mahligai Syahdu' yang gedabak tu.Di tambah pula dengan acara larian entah berapa meter bila Mr.Bapa Monkey mengamuk.Pak Meon sudah lama berlalu mencari Nana di kebun a.k.a ladang yang luas dengan membawa sebilah parang yang tak pernah renggang dari tangannya apabila berada di kawasan pertanian itu.Sebagai langkah berjaga-jaga katanya.Tanpa Yaya sedari,air matanya mengalir kerana terlalu risau akan keadaan Nana.Dia tahu yang Nana takut apabila berseorangan dalam keadaan begitu.terhinjut-hinjut Yaya menangis dan cuba ditenangkan oleh Mak Temah.
    "Dah lah tu Yaya,Pak Meon kan sedang usaha cari Nana tu.Mak Temah yakin yang Nana tu selamat,"pujuk Mak Temah cuba menenangkan perasaan Yaya yang sedang berkecamuk tu..Sedih bebeno Si Yaya ni..Sayang sepupu laa katakan...Dalam hampir empat puluh lima minit Yaya dan Mak Temah menanti kehadiran Pak Meon,akhirnya Pak Meon muncul dengan Nana yang terhinjut-hinjut menangis..
   "Nana!!!!!!!!!!!!"
   "Yaya!!!!!!!!!!!!"
    Mereka berdua berpelukan lalu menangis terhinjut-hinjut.
   "Aku ingatkan kau dah kena baham oleh bapa monyet tu,"ujar Yaya dalam tangisnya.
   "Aku berjaya juga lari dari monyet tu,itu pun entah berapa kali aku rasa aku round kebun a.k.a ladang ni,"balas Nana setelah merungkaikan palukannya dengan Yaya.
   "Dahlah tu.Dua-dua selamat.Jom kita balik kat rumah rehat atuk kamu,"ajak Pak Meon yang sedang berdiri di sebelah Mak Temah.Mak Temah pula hanya menanti dengan senyuman manis.
   "Tapi Pak Meon,gudang tu belum kitorang habis bersihkan lagi.Tinggal kat bahagian tingkat atas,"luah Nana kerisauan.Takut kena marah dengan atuk.
   "Takpe,takpe.Nanti Pak Meon sambung mengemas gudang tu.Pak Meon kan 'The Legend' kat sini,"ujar Pak Meon sambil terkekeh-kekeh ketawa.Nana,Yaya dan Mak Temah turut sama tertawa.
   "Baiklah Pak Meon.Terima kasih juga kerana sudi mencari 'mangsa' monyet ni,"ujar Yaya sambil matanya melirik pada Nana.Nana yang terasa diperli lantas mencubit lengan sepupunya.Terjerit Yaya kesakitan.Amboii..macam kena cubit dengan penyepit ketam je.Habis calar-balar kulit halus aku ni,gumam Yaya dalam hati.
   "Dah,jom kita pergi kat depan kebun nun.Rehat kat sana.Lepas tu,Yaya dan Nana pergi pulang kat rumah rehat atuk kamu,"arah Mak Temah lembut yang sedari tadi jadi pemerhati gelagat mereka.Mereka berdua pantas mengangguk.Fuhhhh..akhirnya...tunggu kedatangan kami tilam empuk!Mereka berempat pun berlalu dari situ.
   Selepas solat tarawih...
   "Kesian cucu aku berdua ni,penat sangat sampai tertidur kat sofa ni,"luah atuk Hassan bila terlihat cucu-cucunya bergelimpangan di sofa macam tiga hari tak tidur.Atuk Hassan sudah mendengar cerita dari Mak Temah dan Pak Meon bahawa cucunya berdua ni kena kejar monyet.Isshhh..isshh..isshhh..kesian...
   "Nana,Yaya,bangun.Pindah kat bilik tidur.Tak manis anak dara tidur terbongkang macam gini ni,"arah Atuk Hassan sambil tangannya menggoncang bahu Yaya dan Nana.Beberapa saat kemudian,kelopak mata Nana dan Yaya terbuka.Ngantuknya...
   "Pergi masuk bilik tidur,"arah Atuk Hassan sekali lagi.
    Dengan kantuk yang masih memberat dipelupuk mata,Nana dan Yaya menggagahkan diri untuk berdiri dan masuk ke bilik tidur.Terhuyung-hayang badan mereka mengimbang diri.Atuk Hassan hanya tersenyum melihat gelagat cucu-cucu kesayangannya.Ada-ada aje lah cucu-cucu aku ni...
    Beberapa minit kemudian,setelah memastikan semua pintu dan tingkap terkunci,Atuk Hassan berlalu masuk ke bilik tidurnya yang dikongsi bersama isteri tercinta berpuluh tahun yang sudah kembali ke rahmatullah tiga tahun lepas.Atuk Hassan redha dengan segala ketentuan Ilahi.Setiap yang hidup,pasti akan mati.Sunyi suasana rumah Atuk Hassan setelah semua penghuninya diulit mimpi indah.Hanya kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahutan.Sungguh damai dan menenangkan.Menunggu hari esok yang tiada sesiapa tahu cabarannya melainkan Yang Maha Esa.

    One Fine Night . . . 


    Kalau aku ingat-ingat balik kenangan a.k.a pengalaman ni,huhhhh~ Rasa macam kenangan manis,pahit pun ada jugak...hemmm rasa macam sweet and sour pun join skali...confuse..confuse....tapi apa-apa pun,hal ni sudah berlaku pada diriku yang ditimpa ke'blur'an masa kejadian tu berlaku...begini alkisahnya. . .

   Bila hari dan tempat kem form5 dibagitahu,student form5 punyalah happy-happy belaka.Yang jadi fsilittor sukarelawan lagi bahagiawan ni,apa lagi kalau bukan student form4 yang otai-otai semua.Student yang ndak dapat pulang rumah masa kepulangan asrama.Salah seorang fesinya ialah,aku.Hemmm...Kami selaku fesi yang berwibawa,kononlah,menjalankan tugas dengan cekap dan pantas macam F1..(macam jak..)
   Tibalah satu malam masa kem tu berlangsung,para fesi disuruh jadi 'pengacau' masa student form5 dikasi tinggal sorang2 kat sesuatu tempat,dan kami pun 'beraksi' lah dengan bangganya.Hahahahaha...Aku,dengan sorang kamceng aku berpakat kasi takut kakak2 senior..hehehehe,jahat kan...Permulaan tu,para fesi pun sendiri takut jugak berkeliaran kat kawasan sekolah tu,ditambah lagi semua lampu dipadamkan.Fuhhh...kalau tersilap nampak,confirm 'kak ponti','abg poc',dan geng2 yang sewaktu dengan diorang jadi kamceng.Mesti hati2 ni beb...tapi bila lama2 cari port utk kasi takut orang,rasa best pulak jalan2 time gelap2..hehehe...
   Tadaaaa...jumpa port yang best dan strategik.Kamceng aku sorang ni,Si Joe,landing atas batu sambil memakai tudung putih..'plan' utk buat kakak2 tu tergamam dan tergumam bila nampak tudung ni..Hahahahaha..yang aku pula,dengan sedaya upaya mengecilkan badan aku yang sememangnya kecil ni disebalik tudung hitam yang panjang then,landing disebelah pokok mangga berdekatan dengan Si Joe..
   Beberapa minit kemudian...
'Mangsa' sudah masuk port 'otai a.k.a pengacau' kem...hahahahaha..sasaran mengena,sorang kakak yang dengan beraninya jalan sorang2..Lenggang-lenggang kangkung lagi kakak ni berjalan.Habislah kau.Bila terpandang jak kakak 'lenggang2' tu tudung putih,dengan kelajuan 120km/j,dia pecut tanpa toleh kiri kanan lagi..Baru tau penangan otai..Si Joe dan aku ni,sempat lagi ketawa berabis masa kakak tu pecut kasi tinggal "port bahaya' kami ni.Hahahahaha..dengar jak bunyi tapak kaki berhampiran  'port' kami,terus kami dua 'standby' kat tmpat msing2..
   Ni kali,bunyi tapak kaki tu menuju tempat aku..Hahahaha..siaplah kau 'mangsa' oleh kuak kungfu aku ni.Suasana yang samar2 oleh chya bulan ngasi pluang aku nmpak kaki 'mangsa' tu jak..Aikkk..besar jugak kaki dia ni..bukan macam kaki pempuan jak..Dengan semena-mena,kaki 'besar' tu pi tendang aku dengan kelajuan yang entah berapa.Aku yang posing dengan tangan memeluk lutut and kepala tunduk,terundur kebelakang..Gilaaaa!!kuat betul tendangan dia ni..sampai aku ndak dpt b'suara..mcm t'jadi bisu pula oleh tendangan 'sakti' dia ni..cepat2 'si kaki besar' tu lari and cakap "sorry".Cisss!!!Ndak aku t'nmpak muka dia,just nmpak blkg dia time 'chow' masa dia cabut lari lpas tendang aku.Arrrrgggghhh!!!sakitnya hati!!!!!mau kasi 'kena'orang,aku pula yang 'kena' tendangan 'penalti' yang entah dari pemain mana yang ndak dkenali.Yang pasti,'si kaki besar' tu,bukan student sekolah ni.Pasti !!!
   Si Joe yang nmpak adegan 'live' tu cepat2 turun dari batu masa 'si kaki besar' sudah cabut lari.Punya main panik kamceng aku ni.Tapi sempat lg dia ktawa sampai tahap mau tkluar gigi palsu jak.Aku ni,'blur' memanjang jak sejak kena tendang tu.T'kejut semua wayar2 otak.Mcm kena litar pintas.Hahahaha..like dream come true kena tendangan 'penalti' ni..Haiyyyyaaa..and then,sejak malam tu sampailah hari2 yang seterusnya,aku ni kena kasi ketawa jak oleh friend2 fesi and geng2 batch aku..Haiii laaa badan,nasib..nasib..
Lepas dua tiga hari adegan 'live' tu,aku dapat tahu siapa yang pi tendang aku and reason dia,dia ndak sengaja sbb masa mlm 'tragis' tu,dia pikir aku ni,TONG SAMPAH!!!!!tu laa pasal..but,nevermind laa..sdh org ndk sngja..lgpun masa mlm 'tragis' tu kan,aku pakai tudung hitam..kesiannya aku...Dia 'chow' bcoz dia tsedar yang dia tendang ni bknnya tong sampah,tapi MANUSIA!!!!tangkap pilu gua bro...huhhhhh...biarlah...'Sandarkan pada knangan' jak..cewahhhh...

p/s:Berhati2lah masa kem..ingatlah orang t'syg...hehehehe..

Wednesday 11 January 2012

Sunday 25 December 2011

my best experience

   kmi mndi laut....fuyoo best btl...btl3...yg gua heran ne brow,gua brbis bljr brenang ne brow,tp sia2 taik kcing...mkin karam ada laa...bkn 2 jak...mka ne mcm mcm wt pmbdahan plastik sdh...sakit cna cni...mau snyum pn sakit..lum ceta g wrna kulit..dr kulit pnya mulus sawo mtang,transform trus jd cm udang kna bkar...sdih 2 brow..mau puti pnya laa susa...skli jd itam,tup2,sklip mta jak...
tngkp pilu skg ne brow..huaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


p/s:lau mndi laut,jan lpa pkai laa sun block...hehehe...
 
Copyright : Farah Zulaikha : 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .